Assalammualaikumm !
Minta izin dulu yer !

Bahasa Melayu Kini .



♥ Ahad, 23 November 2008
Keputusan Peperiksaan PSLE 2008


Syabas!

Kerana dedikasi, kesabaran dan komitmen awak dalam pembelajaran, Kelas kita dapat mencapai 9 A* dan 23 A! Tiada yang dapat Gred B! Syabas sekali lagi dan semoga maju jaya dalam mengharungi lembaran baharu 2009...Saya bangga terhadap pencapaian awak semua!

Salam Manis & Sayang,

Cikgu Noraini

EVPS 2009

Blogged @ 11/23/2008 05:58:00 PTG

♥ Selasa, 18 November 2008
Untuk Semua anak murid saya yang tersayang...


PENGUMUMAN

Pertama sekali, saya ingin ucapkan semoga berjaya dalam keputusan peperiksaan PSLE yang akan diumumkan tidak lama lagi. Saya harap
kesemua anak murid saya akan lulus dengan cemerlang kerana saya tahu yang awak semua telah bekerja keras untuk membuat persiapan bagi menghadapi ujian yang genting ini.

'Tag - Board' telah saya padamkan dari blog ini diatas sebab sikap tidak bertanggungjawab sesetengah orang yang menggunakan kata-kata kesat diatas nama saya. Saya menganggap perkara ini sangat serius, dan untuk orang yang tidak bertanggungjawab itu, jika diikutkan etika internet, ANDA memang boleh disaman dan diharamkan 'blogging'.

Oleh sebab-sebab demikian, saya akan tukarkan 'password' atau kata laluan sulit dan jika anak-anak murid kelas saya ingin pos kan sesuatu, boleh emel bagi mendapatkan persetujuan saya untuk pos kan artikel atau emel saya untuk dapatkan 'password' secara peribadi.

UNTUK ORANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ITU,CUMA TUHAN SAJA YANG AKAN MEMBALAS TINDAKAN AWAK YANG MENGAIBKAN ORANG LAIN.


Yang Benar, dan Salam Sayang,
Cikgu Noraini Karsani
EVPS 2008

Blogged @ 11/18/2008 08:22:00 PTG

♥ Isnin, 17 November 2008
meminta maaf


inilah hari terakhir dalam sekolah rendah kami. dengan ini saya mahu mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada semua kawan-kawan saya jika saya telah membuat silap.saya harap semua boleh terima kemaafan saya.kepada cikgu noraini, terima kasih atas semua pelajaran dan ilmu yang cikgu telah beri kepada saya. cikgu telah menjadi uztazah saya dalam 2 tahun yang cikgu telah mengajar saya. saya tak akan lupa jasa cikgu dan saya tak akan lupa cikgu.jika mahu cakap ngan saya
EmAiL: Dragonitedanial6July@hotmail.com
BlOg: www.danial6july.blogspot.com
Friendster: Dragonitedanial6July@hotmail.com

Dari: IzZdAnIaL 6^C1


Blogged @ 11/17/2008 04:55:00 PTG

♥ Sabtu, 15 November 2008
Renungan Al-Quran Untuk Semua


Kenapa aku DIUJI ?"

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3...............

Kenapa aku TAK DAPAT APA yang aku IDAM-IDAMKAN ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, danboleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST ?"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jikakamu orang-orang yang beriman."-

Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS aku MENGHADAPINYA ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG aku DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA aku BERHARAP ?"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. HanyakepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

aku TAK DAPAT TAHAN LAGI !!!"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyatiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..


Blogged @ 11/15/2008 06:25:00 PTG

♥ Jumaat, 14 November 2008


Assalammualaikumm ,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan beribuan terima kasih kepada semua . Saya juga ingin meminta maaf jika saya telah membuat kesilapan , menyakiti perasaan atau seumpama dengannya kepada anda semua . Saya minta maaf sekali . Jika anda semua tidak dapat maafkan saya , saya tidak dapat maafkan diri saya sendiri . Kepada Cikgu Noraini , terima kasih atas segala-segalanya . Saya amat menghargai atas moral , nasihat , ilmu , kreativiti dan yang lain . Tetapi saya amat menghargai sekali ialah jasa dan pengorbanan cikgu . Terima kasih sekali lagi . Saya hanya boleh berdoa agar Allah memanjangkan usia anda semua . Semoga berjaya juga untuk keputusan PSLE nanti yang akan datang . Kita akan bertemu lagi pada tahun-tahun yang akan datang . Saya akan rindu anda semua . Jika anda ingin nombor telefon bimbit saya , sila emel atau chat dengan saya di - nuramarlinaaa-@hotmail.com Terima Kasih !


Setulus dari hati ,
Nur Amarlina .
6^Compassion .

Blogged @ 11/14/2008 03:13:00 PTG

♥ Isnin, 10 November 2008


Perasaan saya untuk meninggalkan sekolah rendah ...


Perasaan saling berganti, gembira dan sedih. Saya berasa

gembira kerana saya bakal melangkah pergi ke sekolah menengah dan

berasa sedih kerana akan meninggalkan sekolah ini.

Oleh : FIRDAUS. S


Blogged @ 11/10/2008 09:18:00 PG



Perasaan saya meninggalkan sekolah ini


Saya ada rasa gembira dan juga sedih.Pada mulanya saya rasa gembira kerana akan pergi ke sekolah menengah tetapi selepas ini saya berasa sedih hendak meninggalkan guru-guru yang telah mengajar saya.

Firdaus . A


Blogged @ 11/10/2008 09:18:00 PG



smiley Pictures, Images and Photos

Saya tahu bahawa saya pasti akan menangis kerana hari itulah hari yang terakhir saya bersama kawan-kawan saya.Tetapi untuk yang menangis tu, saya belum pasti kerana saya selalu susah hendak menangis.Tetapi jika pada masa itu terlalu sedih, saya pasti akan menangis.Memori untuk peristiwa yang manis dan masam akan selalu terukir di dalam minda dan hati saya.Hari Khamis yang akan datang ini adalah hari yang terakhir yang saya akan bersama kawan-kawan saya.Manakala, minggu hadapan pula adalah minggu yang paling menakutkan sekali kerana keputusan untuk PSLE akan diumumkan.Semoga semua murid darjah 6 di luar sana lulus dan mendapat markah yang cemerlang.Saya harap tidak ada masalah yang berlaku pada hari Khamis ini.Semoga kita boleh berjumpa lagi,ya!


Ditulis Oleh:Allyah Syakirah bte Jumat
6^Commitment


Blogged @ 11/10/2008 09:09:00 PG









Perasaan saya tentang meninggalkan sekolah ini:


Saya berasa sedih kerana genaplah sudah enam tahun saya berada di dalam sekolah ini. Ada banyak kenangan manis yang saya ingat semasa berada di dalam sekolah ini. Saya juga berasa sedih kerana saya akan meninggalkan semua guru-guru di dalam sekolah ini.

Ditulis oleh:Nur Syafiqah(10)6^Respect









Blogged @ 11/10/2008 09:07:00 PG

Selesainya PSLE



Selesainya PSLE...
Selepas peperiksaan PSLE, perasaan mestilah gembira dan lega kerana peperiksaan yang telah kita nanti-nantikan dan belajar selama enam tahun telah berakhir. Apabila kita menghabiskan kertas terakhir peperiksaan PSLE, pelbagai-bagai perasaan yang tidak dapat dilafazkan bergabung menjadi satu. Antaranya adalah, takut dan gementar kerana markah bagi peperiksaan belum lagi ditentukan dan jantung akan berdebar-debar dan diselubungi ketakutan dan gementar hingga di hari dimana markah akan diumumkan tiba.

Dalam masa sebulan, semasa menunggu keputusan peperiksaan tersebut, kami akan membuat bermacam-macam kegiatan menarik seperti bermain, berkunjung ke luar negeri dan bermacam-macam aktiviti lain lagi untuk membuat perasaan gementar dan takut luput dari ingatan. Kita akan berasa seronok selepas PSLE kerana ia berasa seperti semuanya telah berakhir( Contohnya: sekolah…)

Sebenarnya, kita harus belajar supaya minda kita sentiasa ‘bekerja’ seperti membaca buku atau suratkhabar agar ilmu pengetahuan tidak luput dari ingatan. Sehingga hari keputusan diumumkan, perasaan takut dan gementar akan sentiasa berdebar di lubuk jantungku. Sekian…

Ditulis oleh: Muhammad Khairulameer
Kelas: 6^Commitment


Blogged @ 11/10/2008 08:44:00 PG

Saat-saat terakhir di sekolah!!! :(


Untuk meninggalkan sekolah ialah sesuatu benda yang susah bagi saya kerana, saya tidak mahu berpisah dengan rakan-rakan karib saya. Saya berasa sedih kerana saya ini sudah enam tahun berada di sekolah ini. Tetapi pergi ke sekolah menengah ialah benda yang baharu bagi saya. Saya boleh 'mengembara' di sekolah yang baharu. Masalahnya saya takut hendak pergi ke sekolah menengah kerana saya takut yang saya akan bercampur dengan kumpulan jahat dan nanti saya bermula menghisap rokok, mengambil dadah-takutnya!!!!!:'( Jika saya ada masalah saya boleh berkongsi masalah saya dengan kawan-kawan karib saya.Tetapi saya harus terima hakikat yang saya mungkin tidak akan jumpa lagi kawan-kawan saya. :(

Kepada kawan-kawan karib saya di E.V.P.S selalu hubungi saya.Dengan ini persahabatan kami akan jadi lebih erat!!!


Izzdanial
6 Commitment

Blogged @ 11/10/2008 08:40:00 PG



smiley face Pictures, Images and Photos



Perasaan yang sedih itu tidak dapat diukirkan kerana saya telah menganggap sekolah ini seperti rumah kedua saya . Saya telah mempelajari pelbagai ilmu dan kreativiti di sini . Perayaan dan sambutan di sekolah memang tidak boleh dilupakan . Meraikan pelbagai hari yang istimewa pada setiap tahun . Berdarmawisata dengan seluruh kelas adalah kenangan yang sangat indah . Guru-guru di sekolah ini telah memberi inspirasi kepada saya . Mereka telah mendidik dan menjaga kami dengan baik . Selalu memberi semangat untuk melakukan yang terbaik untuk menduduki peperiksaan PSLE ...


Salam Krismas ,
Nur Amarlina .
6^Compassion .



Blogged @ 11/10/2008 08:38:00 PG



Saya berasa sedih untuk meninggalkan sekolah ini kerana akan berpisah dengan rakan-rakan saya. Mungkin kami tidak akan bertemu lagi. Saya mungkin tidak akan mendapat kawan dan guru-guru yang sama apabila berada di sekolah menengah nanti. Jika saya mempunyai masalah, saya tahu siapa yang saya harus berkongsi masalah saya tetapi apabila saya ada di sekolah menengah nanti, saya harus mengenali seseorang itu dahulu baru saya boleh berkongsi masalah peribadi saya. Itu pun jika saya percayai beliau...saya juga tidak mahu bercampur dengan kumpulan yang jahat...

Ditulis oleh,
Fitri
6^Commitment

Blogged @ 11/10/2008 08:37:00 PG

♥ Rabu, 5 November 2008
Lirik lagu Melawan kesepian-Datin Seri Siti Nurhaliza




Lirik lagu:- Melawan Kesepian
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan...
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...
Apapun yang terjadiBerjalanlah tanpa henti..

Lagu ini dipetik
http://liriklagu-songlyrics.blogspot.com/2008/03/lirik-lagu-melawan-kesepian-siti.html

Blogged @ 11/05/2008 10:13:00 PG

Lirik Lagu Raihan-Iman Mutiara




Raihan - Iman Mutiara

Iman adalah mutiara

Di dalam hari manusia

Yang menyakini Allah

Maha Esa Maha Kuasa


Tanpamu iman bagaimanalah

Merasa diri hamba padaNya

Tanpamu iman bagimanalah

Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual beli

Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau merentas lautan api

Namun tak dapat jua dimiliki

Jika tidak kembali pada Allah





Lagu ini dipetik dari lelaman:

http://www.liriklagu.com/liriklagu_nr/Raihan_Iman.html

Blogged @ 11/05/2008 10:05:00 PG

Lirik lagu BERITA KEPADA KAWAN-Ebiet G. Ade


Lirik lagu: Berita Kepada kawan (Ebiet G. Ade)

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Dipetik dari lelaman web; <http://www.actionext.com/names_e/ebiet_g_ade_lyrics/berita_kepada_kawan.html>

Blogged @ 11/05/2008 09:58:00 PG


Kami .
Anak Murid Cikgu Noraini .

. 6 Commitment .
. Wulan . Haffidz . Izzdanial . Khairul .
. Fitri . Shakirin . Syahirah . Hasbi .
. Haziq . Ariff . Diyanah . Hasyimah .
. Allyah . Firdaus . Nazlah . Hazimah .
. 6 Compassion .
. Erra . Khairiyah . Suhailah . Ria .
. Amarlina . Farah . Liyana .
. 6 Respect .
. Sabrina . Nadzirah . Afiqah . Shahirah . . Razin . Firdaus . Syafiqah .
. 6 Integrity .
. Nur Hajar .

BERBUAL !
Harap Jangan 'Spam' Di Sini .

MARI BERKUNGJUNG !
JOM LIHAT LELAMAN RAKAN KITA !


Cikgu-Cikgu
Cikgu Noraini Myspace

6^Commitment
Nazlah
Khairulameer
Izzdanial
Shakirin
Syahirah
Hazimah
Hasyimah
Ariff
Allyah
Nurdiyanah

6^Compassion
Amarlina
Erra
Ria

6^Respect
Afiqah
Shahirah
Sabrina

IRAMA LAGU.
Berdendang Mari Berdendang .